asalammualaikum..
selamat hari raya, selamat hari merdeka dan selamat hari malaysia. tu dia sekali harung buat ucapan. lama jugak menyepi dari blog ini. bukan apa busy tak sempat nak menghadap laptop. selalu update dalam instagram sahaja untuk gambar gambar tempahan apam. tempahan apam pada bulan puasa dan shawal alhamdulliah. terpaksa juga tolak 2-3 tempahan sebab hendak memenuhi undangan open house dan kenduri khawin lepas raya tempoh hari. saya mintak maaf banyak banyak kerana menolak tempahan. hari ini kita layan gambar gambar apam polkadot sepanjang bulan shawal dan paling terbaru saya buat untuk majlis ramah mesra blok d hari ini. (13hb 9 2013) buat 100 pc sahaja. alhamdullilah licin apam saya. gembira di hati melihat orang merasa makanan dari hasil tangan saya. syukur alhamdulliah.
majlis ramah mesra blok D- pangsapuri ATM
apam ladybird ini request dari kawan baik saya. jarang sekali saya menerima untuk membuat design ini. harga pun lain yer kalau design ladybird ini. sebab saya jarang ambik sebab nak membuatnya agak lambat. saya ada anak yang berusia 1 tahun 4 bulan yang sangat sangat memerlukan sepenuh perhatian dari saya. salah satu sebab kenapa saya tidak mengambil tempahan untuk kenduri kahwin dan design bergini. itupun ada mood baik dia. kalau ok bolehlah saya berada di dapur kalau tidak berdukung la sambil buat tempahan..
sampai di sini sahaja pertemuan kita. insyallah ada usia dan tempahan apam kita berjumpa lagi.
sebarang tempahan/ pertanyaan boleh call/msg/whatsapp- 0193503316 shima.
xoxo-shima
No comments:
Post a Comment