Wednesday 4 March 2015

kelas chomel cupcakes- permium brownies by kak zu

yang ini memang major throwback. masa raya cina yang lepas 19/2 saya telah menghadiri kelas premium brownies chomel cupcakes di puchong. puas rasanya bila dah dapat berlajar dari mula. baru kita tahu apa silapnya apa kurangnya kenapa tak jadi kenapa tak sedap. maklumlah sebelum ni pakai cikgu google sahaja. ini merupakan kali pertama saya menyertai kelas membuat kek ini. satu pelaburan yang besar bagi saya yang bergelar suri rumah sepenuh masa ini. terima kasih kepada suami yang sentiasa menyokong minat saya.

dalam kelas saya belajar 5 jenis brownies dan congo bars serta 3 cara cara untuk buat topping yang menarik diatas brownies. bagi saya memang berbaloi dengan harga yang ditetapkan oleh kak zu. malah kelas ini merupakan kelas hands-on. kita yang akan buat semua dari mula hingga akhir. kak zue pun tidak lokek memberi semua ilmu pembuatan kek dia. memang terbaik. soalan yang kami tanya memang dia akan jawab dari a-z. terima kasih kak zue atas ilmu yang kak zue berikan.





ini adalah brownies yang telah di ajar dan kami buat semasa kelas.
dan kepada sesiapa yang berminat hendak membuat tempahan boleh wa 019-3503316 shima.
  1. marble cheese brownies
  2. oreo cheese brownies
  3. cheese brownies with full choc ganache
  4. walnut brownies with salted caramel and choc ganache
  5. fudgy brownies
  6. congo bars







instagram heavenly_brownies_by_shima

boleh follow IG saya untuk updates yang terbaru.

ig-heavenly_brownies_by_shima