Monday 30 September 2013

apam polkadot yang ceria


assalammualaikum semua... apa khabar?? sihat?? diam tak diam dah masuk bulan oktober dah kan.. suku terakhir di tahun 2013. ya allah terasa kejapnya waktu. apa apa pun jom kita layan gambar apam yang comel ni. tempahan pada hujung bulan september




  ini merupakan apam belang belang. comel tak???


 tempahan dari jiran bawah blok. nak buat makan makan waktu birthday anaknya. terima kasih yatt sebab sudi tempah dengan saya. harap awak dan keluarga suka. 



 yang ini second order dari kak siti yang comel. terima kasih kak.

 penuh plak meja hari jumaat lepas dengan tempahan apam. alhamdulliah syukur. rezeki kami sekeluarga.

ok yang ini last. buat makan makan dan rezeki cousin saya yang cun tu. 

nak tgk tak pembantu saya

-

-


-


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

tadaaaaaaaa...... hobi baru. masuk dapur ambik segala periuk senduk buat barang mainan dia. tak pun dia buat topi.. sabar ajer...





sebarang tempahan boleh call/text/whatsapp-0193503316

xoxo shima

















Friday 13 September 2013

sekian lama menyepi kini ku kembali

asalammualaikum.. 
selamat hari raya, selamat hari merdeka dan selamat hari malaysia. tu dia sekali harung buat ucapan. lama jugak menyepi dari blog ini. bukan apa busy tak sempat nak menghadap laptop. selalu update dalam instagram sahaja untuk gambar gambar tempahan apam. tempahan apam pada bulan puasa dan shawal alhamdulliah. terpaksa juga tolak 2-3 tempahan sebab hendak memenuhi undangan open house dan kenduri khawin lepas raya tempoh hari. saya mintak maaf banyak banyak kerana menolak tempahan. hari ini kita layan gambar gambar apam polkadot sepanjang bulan shawal dan paling terbaru saya buat untuk majlis ramah mesra blok d hari ini. (13hb 9 2013) buat 100 pc sahaja. alhamdullilah licin apam saya. gembira di hati melihat orang merasa makanan dari hasil tangan saya. syukur alhamdulliah.






 majlis ramah mesra blok D- pangsapuri ATM



 apam ladybird ini request dari kawan baik saya. jarang sekali saya menerima untuk membuat design ini. harga pun lain yer kalau design ladybird ini. sebab saya jarang ambik sebab nak membuatnya agak lambat. saya ada anak yang berusia 1 tahun 4 bulan yang sangat sangat memerlukan sepenuh perhatian dari saya. salah satu sebab kenapa saya tidak mengambil tempahan untuk kenduri kahwin dan design bergini. itupun ada mood baik dia. kalau ok bolehlah saya berada di dapur kalau tidak berdukung la sambil buat tempahan..

sampai di sini sahaja pertemuan kita. insyallah ada usia dan tempahan apam kita berjumpa lagi.

sebarang tempahan/ pertanyaan  boleh call/msg/whatsapp- 0193503316 shima.


xoxo-shima