Wednesday 4 March 2015

kelas chomel cupcakes- permium brownies by kak zu

yang ini memang major throwback. masa raya cina yang lepas 19/2 saya telah menghadiri kelas premium brownies chomel cupcakes di puchong. puas rasanya bila dah dapat berlajar dari mula. baru kita tahu apa silapnya apa kurangnya kenapa tak jadi kenapa tak sedap. maklumlah sebelum ni pakai cikgu google sahaja. ini merupakan kali pertama saya menyertai kelas membuat kek ini. satu pelaburan yang besar bagi saya yang bergelar suri rumah sepenuh masa ini. terima kasih kepada suami yang sentiasa menyokong minat saya.

dalam kelas saya belajar 5 jenis brownies dan congo bars serta 3 cara cara untuk buat topping yang menarik diatas brownies. bagi saya memang berbaloi dengan harga yang ditetapkan oleh kak zu. malah kelas ini merupakan kelas hands-on. kita yang akan buat semua dari mula hingga akhir. kak zue pun tidak lokek memberi semua ilmu pembuatan kek dia. memang terbaik. soalan yang kami tanya memang dia akan jawab dari a-z. terima kasih kak zue atas ilmu yang kak zue berikan.





ini adalah brownies yang telah di ajar dan kami buat semasa kelas.
dan kepada sesiapa yang berminat hendak membuat tempahan boleh wa 019-3503316 shima.
  1. marble cheese brownies
  2. oreo cheese brownies
  3. cheese brownies with full choc ganache
  4. walnut brownies with salted caramel and choc ganache
  5. fudgy brownies
  6. congo bars







instagram heavenly_brownies_by_shima

boleh follow IG saya untuk updates yang terbaru.

ig-heavenly_brownies_by_shima


Saturday 17 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015




Assalammualaikum semua.. sudah 18 hari di tahun baru baru saya update blog. heeeee... minta maaf ye semua. ada ke yg membacanya?? terima kasih kepada semua yang pernah tempah apam polkodot sepanjang tahun 2014. sayang sebenarnya nak tutup blog. sebab sekarang dah banyak medium iaitu FB dan instagram. tapi saya banyak update di FB dan blog sekali sekala. instagram lebih kepada gambar gambar anak jer.

Sempena tahun  baru ini saya ada produk baru selaras dengan azam tahun baru iaitu ingin meningkatkan bisness dari rumah saya. 



produk tersebut yelahhhhhhhh....
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_

 BROWNIES
brownies 9x9

small brownies 


Inilah produk baru saya selain apampolkodot. my new baby 2015. Sebenarnya dah banyak kali buat brownies ni dan berapa kali tak jadi. macam macam resepi saya cuba. Bila tak jadi frustnya. sebab tak dapat rasa dan teksture yang saya nak. Akhirnya setelah puas mencari dan mencuba saya dapat resepi yang menepati selera saya. Brownies yang kaya dengan rasa coklat dan moist tidak kering. chewy chewy gitu.

Langkah pertama saya membuat promosi di dalam FB khas buat jiran jiran pangsapuri ATM. Alhamdulillah sambutan amat mengalakan. Malah ada yg repeat order dan bertanya bila saya nak buat lagi. Ya Allah terima kasih atas limpahan rezekiMU.

Ya ramai dah buat brownies.,dan saya hanyalah newbie dalam bisness brownies ni. Resepi buat brownies sama je. Tak percaya sila google!!!! tapi tiap orang ada cara yang tersendiri dan tekak yang merasa pun lain lain kan. Apa salah nya mencuba. betul tak???

Jom layan screenshoot saya. Komen kawan kawan yang pernah membeli brownies dengan saya. terima kasih semua.









HARGA BROWNIES

SAIZ 9x9
RM50

SMALL BROWNIES
RM10

lokasi- pangsapuri ATM, setiawangsa
019-3503316 shima

untuk penghantaran :

min-2 box saiz 9x9+charge delivery
(tertakluk pada tempat dan kelapangan saya)

SMALL BROWNIES-
Saya akan kumpul order dulu baru saya akan buat. min 4 order. saya akan open order di FB. jika tiada FB boleh WA saya dan booking slot anda. lepas tu pickup di rumah saya yer.

untuk penghantaran 
small brownies min order 8 box+ charge delivery
(tertakluk pada tempat dan kelapangan saya)