Tuesday 3 December 2013

tempahan bulan November 2013.


assalammualaikum semua peminat tegar apam polkadot!!!!! ramai yang bertanya saya masih ke menerima tempahan apam. jawapannya YA!!! saya sebenarnya lambat update di dalam blog. selalu update dalam instagram sahaja. jadi untuk blog saya kumpul semua gambar baru update dan letak watermark. so sesiapa yang nak order bolehlah call/text/whatsapp 019-3503316. insyallah saya akan membalas segala pertanyaan anda semua. jom kita layan gambar gambar.




warna bendera kedah.


comel tak???

berginilah rupanya inti di dalam.

tempahan dari sue. terima kasih sue.


sweet je colour ni yer.


Monday 30 September 2013

apam polkadot yang ceria


assalammualaikum semua... apa khabar?? sihat?? diam tak diam dah masuk bulan oktober dah kan.. suku terakhir di tahun 2013. ya allah terasa kejapnya waktu. apa apa pun jom kita layan gambar apam yang comel ni. tempahan pada hujung bulan september




  ini merupakan apam belang belang. comel tak???


 tempahan dari jiran bawah blok. nak buat makan makan waktu birthday anaknya. terima kasih yatt sebab sudi tempah dengan saya. harap awak dan keluarga suka. 



 yang ini second order dari kak siti yang comel. terima kasih kak.

 penuh plak meja hari jumaat lepas dengan tempahan apam. alhamdulliah syukur. rezeki kami sekeluarga.

ok yang ini last. buat makan makan dan rezeki cousin saya yang cun tu. 

nak tgk tak pembantu saya

-

-


-


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

tadaaaaaaaa...... hobi baru. masuk dapur ambik segala periuk senduk buat barang mainan dia. tak pun dia buat topi.. sabar ajer...





sebarang tempahan boleh call/text/whatsapp-0193503316

xoxo shima

















Friday 13 September 2013

sekian lama menyepi kini ku kembali

asalammualaikum.. 
selamat hari raya, selamat hari merdeka dan selamat hari malaysia. tu dia sekali harung buat ucapan. lama jugak menyepi dari blog ini. bukan apa busy tak sempat nak menghadap laptop. selalu update dalam instagram sahaja untuk gambar gambar tempahan apam. tempahan apam pada bulan puasa dan shawal alhamdulliah. terpaksa juga tolak 2-3 tempahan sebab hendak memenuhi undangan open house dan kenduri khawin lepas raya tempoh hari. saya mintak maaf banyak banyak kerana menolak tempahan. hari ini kita layan gambar gambar apam polkadot sepanjang bulan shawal dan paling terbaru saya buat untuk majlis ramah mesra blok d hari ini. (13hb 9 2013) buat 100 pc sahaja. alhamdullilah licin apam saya. gembira di hati melihat orang merasa makanan dari hasil tangan saya. syukur alhamdulliah.






 majlis ramah mesra blok D- pangsapuri ATM



 apam ladybird ini request dari kawan baik saya. jarang sekali saya menerima untuk membuat design ini. harga pun lain yer kalau design ladybird ini. sebab saya jarang ambik sebab nak membuatnya agak lambat. saya ada anak yang berusia 1 tahun 4 bulan yang sangat sangat memerlukan sepenuh perhatian dari saya. salah satu sebab kenapa saya tidak mengambil tempahan untuk kenduri kahwin dan design bergini. itupun ada mood baik dia. kalau ok bolehlah saya berada di dapur kalau tidak berdukung la sambil buat tempahan..

sampai di sini sahaja pertemuan kita. insyallah ada usia dan tempahan apam kita berjumpa lagi.

sebarang tempahan/ pertanyaan  boleh call/msg/whatsapp- 0193503316 shima.


xoxo-shima


Friday 7 June 2013

zara first birthday dan tempahan 24hb5 2013

salam semua.. ingat tak saya ada beritahu yang anak no2 saya akan menyambut ulang tahun yang pertama 23hb5 lepas. alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir ke rumah yang tak seberapa. kami sekeluarga amat menghargainya. jom kita layan gambar.



kek yang lawa lagi sedap ni dari http://mycuppycupcake.blogspot.com/


malam tu saya bertungkus lumus menyiapkan tempahan apam dari zura. beliau nak ambik pagi 24hb5. 
terima kasih zura sebab sudi tempah apam polkadot dari saya.



tempahan dari zura merupakan tempahan terakhir untuk bulan 5. dan tempahan masih di buka sehingga di beritahu kelak. bulan puasa insyallah saya buat. 

Tuesday 21 May 2013

tempahan dari peminat tegar apam polkadot

salam kepada semua peminat tegar apam polkadot. bulan Mei banyak sambutan kan. hari guru, hari ibu , kenduri kahwin pun ye jgak. ramai yg melansungkan perkahwinan bulan 5 ni. maklumlah bulan ramadhan dah dekat nak sambut sebagai pasangan suami isteri la tu. hehe.. ok jom kita layan gambar apam sepanjang bulan 5 ni.


yang ini nak beri kepada teacher sekolah qaseh. sempena hari guru 16 mei hari tu.


  snapshot inti dalam apam polkadot. bergini la rupanya.



tempahan dari zura. beliau tempah melalui whatsapp. ambik hari ahad lepas 18hb5. hujung minggu ini ada lagi tempahan dari beliau. terima kasih yer sebab sudi tempah dengan saya. 




ok yang ini tempahan dari ustazah sekolah qaseh. berkat beri apam polkadot masa teacher day hari tu. :) alhamdullilah rezeki anak anak.



ok ini sahaja yang dapat saya kongsi. minggu depan ada tempahan lagi. insyallah saya akan update dalam blog. 23hb ni genab anak ke-2 saya qaseh zara qalesya setahun. besar dah anak mommy. banyak ragam.banyak songeh. banyak cabaran lagi-lagi masa mommy nak buat tempahan. masa itulah dia buat perangai. sabar je lah..


bye..
assalammualaikum

tempahan apam polkadot msg/whatsapp/call- 0193503316
selfcollect sahaja di pangsapuri ATM


Wednesday 8 May 2013

apam polkadot di PD (tempahan 4 mei 2013)

salam semua.. ni adalah tempahan apam dari my lovely sweet cousin. beliau tempah untuk di letakkan atas meja candy buffet. jom layan gambar..





ini adalah gambar di PD. atas meja buffet. saya tak buat deco meje buffet yer. saya buat apam dotdot yg comel jer.







last sekali ni la pengantin nya...


SELAMAT PENGANTIN BARU WANIE DAN PASANGAN.